Wednesday, February 29, 2012

Kemudahan Yang Dipermudahkan?

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..

Baik. Merefer tajuk yang tertera untuk entry ni. Kemudahan yang Dipermudahkan. Apakah?

Entah. Serasanya hidupku berubah 180 darjah dalam masa 3 hari. Macam tu je.

Entah, bahana tertinggal hati di masjid Putrajaya kah?

Haha..

Baiklah. Kita soroti satu persatu perkara ini ye, tak pe perlahan-lahan.

Sebulan lebih yang lepas sebelum ProLEC 12 dan juga sebelum tamat peperiksaan semester lepas, aku dan rakan-rakan terpandang iklan. Iklan apa?

Ok, Dataran Usahawan Siswa yang bakal dibuka. Sebelum ni pernah mimpi nak buka perniagaan. Nak jual nasi ambeng. Bila bagitahu ibu, ibu kata takkan laku. Orang Penang mana makan nasi ambeng.

Tapi Pecal Ayam? Haiyok~Takpe bila dah benar masanya, akan mengiringlah usaha.

Jadi bila terpandang iklan tu, tak tahu dirasuk apa, aku post kat wall Pembina Penang, Akhowat. Entah kenapa. Sebenarnya ada kepelikan sikit kat sini.

Jadi bila dah post tu mula lah buka forum dan akhirnya sepakatlah aku, nina, kak mas, kak lia dan kak saleha untuk join venture memohon walaupun peluang tu rasa macam nipis lebih dari kulit bawang. Yelah, benda besar kot. Buat booth pun tak pernah.

Akhirnya perkara tu senyap beberapa ketika sampailah suatu hari, akhowat tanya balik betulke nak buat?

So aku pun angguk je. Aku diarahkan..diarahkan? Hehe, aku diminta untuk menjadi kepala pemohon sebab slip cangred diperlukan untuk disertakan bersama-sama borang permohonan dan RP. Memandangkan hanya aku, nina dan kak mas yang masih pelajar jadi nama kami lah yang menjadi pemohon. Haha.

Nak dijadikan cerita bila RP menjadi agenda, aku garu dagu. Mana nak sapu RP ni. Jadi disebabkan kesibukan yang maha time tu, aku tak sempat pun nak fikir.

Untung akhowat buatkan, pastu send. Tapi dalam masa yang sama aku usahakan pinjam RP adik-adik mutabaah.

Bila dapat tu, rasa nak perhalusi. Entah sebab benda tu ada dalam tret kot. Pardon the flaws in my trait.

So, make-up2 RP tu suruh nina print, esoknya nak pergi buat Insurans ProLEC dan cari kelapa disamping tolong nina buat survey.

So, hentamlah. Baru perasan yang Dynamic Kiosk tu stand for DK. DK tu apa? Haha, kalau faham, alhamdulillah, kalau belum faham, moga hampirlah masanya, insyaAllah.

Dan perkataan Dynamic tu sendiri punya agenda tersendiri [ish, banyak pulak aku pakai perkataan agenda hari ini kan? Maklum kan balik dari Dialog Agenda Masa Depan Islam tu].

Beberapa detik sebelum RP buatan kak lia, nina dan kak mas sampai ke tanganku itu, aku menerima pengisian mengenai kepentingan dinamika dalam dakwah. Yang mana pengisian itu memotivasikan dakwah. Mungkin juga memotivasikan kiosk?

Hehe, jadi usai segala urusan tinggallah masa untuk aku dan nina menghantar borang tu ke PPKSP USM. Time tu hati dipagut gundah. Ternyata peluang untuk mendapat premis menjadi semakin nipis atau mungkin tiada langsung, kerana aku sebagai Pemilik merupakan pelajar tahun akhir.

Sewajarnya nama nina yang diletakkan. Nak diapakan ikhlaskan sahaja, bukankah sudah terjadi?

Jadi hari-hari berlalu tanpa sebarang berita sehinggalah aku tergerak untuk bertanya di timeline PPKSP di fesbuk.

Nyata wakil dari pihak mereka, PPKSP akan memanggil senarai calon untuk ditemuduga. Ah, sudah temuduga lagi. Berat,berat.

Jadi menunggulah rezeki yang masih dilangit, yang masih dikerak bumi tu.

Sehinggalah pada satu pagi, aku menerima mesej panggilan temuduga oleh wakil PPSKP.

Kecut perut.

Berita disebarkan dan ketiga-tiga kami merasa haru. Amboi, ayat.

Minggu tu memang sangat hectic. Malam Jumaat Mabit, habis pagi Sabtu, rehat seharian, buat aktiviti ringan2 je sebab malamnya kami bertolak ke Putrajaya, sebab Ahad esoknya ada program. Isnin pulak janji nak buat Lab FYP, ada pulak Lab Teras petang tu disertakan dengan temuduga lagi? Allahu Allah.

Kami mohon dipermudahkan urusan, benar-benar dipermudahkan urusan.

Kerana sesungguhnya tiada persiapan langsung untuk menghadapi temuduga itu.

Pergi dengan kosong dan kucar-kacir.

Konon bersedia tapi itulah tenang je rasa. Mungkin telah sedikit tercapai azamku tahun ni, untuk menjadi lebih cool? Mungkinkah?

Entah. Lalu setelah menunggu dua jam, dan setelah berkali-kali beristighfar kerana telah merungut, tiba giliran kami bertiga memasuki bilik temuduga.

Subhanallah, ramainya interviewer..termasuk Encik Khairul Irwan tu, mitos mengatakan beliau sangat menakutkan. Mitos.

Aku duduk dengan selamba. Tak berani nak angkat muka. Nama kami dipanggil satu persatu.

"Jadi, ceritakan konsep perniagaan anda" Arah tukang ketua temuduga.

Aku pun mulalah berpenglipur lara di dalam bilik meeting tu. Usai aku pun berhenti.

Tukang Ketua angkat muka dan "Lagi? Saya kalau saya tak kata berhenti, jangan berhenti" Ujarnya. Serius, secool-cool aku pun, perut rasa nak koyak, aku dah mati kata sebenarnya. Tahu tak mati kata tu maknanya apa?

Dah tak tahu nak kata apa dah~

So aku replay balik speech aku tu sambil switch kat mana-mana perkatan ikut suka. Tiba-tiba..

"Dynamic Kiosk! Kiosk, kalau kami bagi awak kiosk nak tak?" Tetiba je Tukang Ketua tanya.

Aku nganga, eh tamau~nak yang ada kipas dengan paip air tu~

Tapi...Aku cuba untuk bersuara.

Kami nak yang....

Kata-kataku dipangkas dengan tanpa belas kasihan.."Yes or no? Nak jawapan yes or no sahaja?" Kata salah seorang interviewer lain.

Aku pandang nina dan kak mas yang pangku sunyi. Aku senyap sebentar dan terlihat kakak yang memanggil kami masuk ke bilik ini tadi yang duduk di belakang sana menganggukkan kepala beria-ia, memberi sign supaya menerima aku tersengih.

"Yes..ok kan?" Aku tanyakan pada partnersku.

Depa angguk.

Setelah memberikan kata putus.

"Ok, tahniah, nanti kami hubungi awak balik." Aku tercengang. Eh, dah? Baru dua minit?

Tahniah? Dapat dah ke?

Ternyata, bukan aku seorang yang tercengang, dua partners juga tercengang, kawan-kawan yang hadir temuduga yang menunggu di luar turut tercengang. Yelah, kami ni dahlah masuk tak sampai lima minit, dua minit jadi kot, pastu dah keluar pastu muka tak tahu nak describe sambil ketawa?

Sungguh aku blurr..Keadaan apakah itu? Menunggu dua jam, disoal dua minit.

So akhirnya kami pasrah, jadilah walau apapun, telah termasuk dalam usaha kami menghadiri temuduga itu, keputusannya telah ada, tinggal Allah menjaharkannya sahaja.

So, kami buat tak faham perkataan "Tahniah" tu sebab tak mahu terlalu berharap.

Sehinggalah, jam 11 pagi tadi aku menerima panggilan dari wakil PPKSP yang meminta kami bertiga ke PPKSP kembali.

Hati terasa berbunga, dapat ke? Dapat ke?

Macam-macam perkara yang boleh merintang jalan, masing-masing ada kelas. Masalah, tapi mohon sangat dipermudahkan sekali lagi.

Dan bila sampai masanya kami dipanggil ke bilik temuduga. Sekarang jadi bilik meeting. Diumumkan kami dapat KIOSK! Subhanallah alhamdulillah!

Rasa gembira. Kami nego dengan Encik Khairul mengenai lokasi kiosk. Pada mulanya, dia kata kiosk ada kat Uptown tu, pastu lokasi kami di DK U. Punyalah jauh gila dari sangkaanku sebelum ni.

DKU? Pastu aku dengan selambanya tanya, "Tempat lain takde ke?"

Dia angkat kening dan kata " Tempat lain kat situ lah" Dia mengunjuk pada Uptown.
Hish tamau aku~Kami semua ketawa..Aiyak pahit~ So kami akur je~

Tapi tetiba dia kata.."nak ke kat DKU tu? Tempat lain ada dengan IK dan Bakti. Bakti pun ramai juga orang.."

So aku senyap je, sekejap, memandang tuan decider tu. Dan dengan sekali lagi selenganya aku tanya" Erm, kami dibenarkan membuat pilihan ke?" Yang mana mengundang gelak ketawa seisi bilik.

"Yelah, kami bagi awak buat pilihan lah, memandangkan awak datang awal. Awak sorang je yang ada kat sini. Dua lagi takde, haa..cepat sikit buat keputusan, datang nanti.."

So aku, nina dan kak mas pun bermusyawwarahlah sejenak.

"Apa kelebihan kalau kat IK?" Tanyaku.

Nina tanya kat aku balik, " IK tu atas ke bawah?" Aku pun terus tanya kat Encik tu..

"IK atas ke bawah?" Dia tak reti nak jawab last-last..

"Awak cakap je nak kat mana, nanti kami letak" ujarnya akhirnya, mengundang tawa dan sengih.

"Kenapa ana rasa, kalau dekat DKU tu lebih ok sebab memang tumpuan, macam orang jual kerepek..."tak sempat habis, dua-dua dah angguk-anguk.

So, kami sepakat.

Kakmas cakap kami pilih DKU tapi encik tu tak dengar.

Aku pulak tak tahu nak panggil dia encik ke tuan ke, datuk ke, tuanku ke..aku buat sign je..bila pekerja sebelah dia tanya dan encik tu angkat muka, aku kata "Kami sepakat memilih DKU" sekali lagi mengundang tawa.

Apa kami menjadi alat canda ke hari ni?

"Baik, kami akan bagi offer/open letter...bila boleh start?"

"Sebaik sahaja dibenarkan.."ujarku bersahaja. Cayalah Nab, memanglah kau melestarikan azam kau dengan cemerlang.

"Baik, kira kontrak kita adalah bermula 1/3/12 hingga 1/3/13 setahunlah ye?" Ujarnya, hehe...lepas alhamdulillah. Baik.

Usai sesi nego antara Wakil Dynamis Kiosk dengan Wakil PPKSP tu yang juga disaksikan oleh bakal-bakal usahawan yang lain tu, kami dibenarkan dismiss sebab tak terlibat dengan perbincangan seterusnya.

Subhanallah. Sekali lagi kami keluar dari bilik tu sambil tergelak.

5 minit, mungkin lebih seminit dua.

Sungguhlah Allah benar-benar mempermudahkan. Semudahnya sehingga kami turut terkesima dengan perlakuan takdir.

Syukran ya Allah kerana merezekikan. Mohon kekuatan ya Allah dalam berbuat dan berniat.

Bermulalah legasi aku sebagai seorang pejuang terhadap diri sendiri. Bertatih dalam memulakan langkah kembali sebagai peniaga, bahkan kini sebagai usahawan.

Mohon ya Allah kuatkan, permudahkan~
Pingu Cool

No comments: