Friday, February 24, 2012

Perasaan Itu Bukan Sejenis Kuih.

Haha, tajuk....

Erm, tak semena-mena hamba teringin menajukkan post dengan tajuk tersebut.

Tapi objektif awalnya adalah tentang, makan. Jadi kuih dan makan kira agak tally lah ye? Sapu...

Hm, wonder what? Hamba sangat gemar berfikir, Alhamdulillah dengan berfikir itulah hamba berjaya menebak hampir banyak situasi yang datang secara tiba-tiba, hatta dirancang.

Menerima dengan cool, menghadapi dengan saksama. Ini motto seorang Promoter. Hamba.

Makan, itu yang menjadi buah fikiranku hari ini.

Tadi jam 9.18 minit hamba ke cafe untuk mencari makanan. Kepala rasa berat dan ringan bergilir-gilir sampai rasa nak termun~~~

Dan itu juga penyebabnya hamba ketiduran sekalipun telah diset alarm untuk bangun sekurang-kurang waktu yang menyempatkan hamba ke M03 hari ini, tapi entah, dirasuk mambang senja mungkin, tidur menghampiri maghrib, ketiduran tu menggagalkan gegendang telingamengesan bunyi alarm..alamatnya sehingga jam 8:21pm, hamba ketiduran innalillah. Alhamdulillah Allah rezekikan kak shazan pulang dan hamba dengan kecewanya, bangkit lalu bersegera maghrib 'gajah'.

Rasa pening tu juga memutuskan satu solusi. Mungkin panadol boleh membantu, jadi pemulanya harus makan.

Hamba teringat yang perut masih belum sempat diisi usai habis kuliah tadi Asar.

Bicara soal makanan inilah hamba menulis, hurm...

Tadi bertemu Adawiyah dan Farhana Ex-Mad'u Matematik yang insyaAllah selamat dihalaqahkan...oleh Murobbi lain. Haha.

Alhamdulillah biasa-biasa aja.. menjadi cool itu perlu meski dalam taqwa.

Hamba menanti akan hadirnya sebekas nasi goreng ayam yang hamba pesan dalam keadaan tak berapa betul ketika itu.

Lalu, setelah memesan hamba memecut ke arah surau M03, dengan harapan bertemu dengan si belahan hati yang mungkin baru usai jemaah Isyak? Tapi, hampa. Niat untuk menerangkan kekurangan dakwah hari ini kepada masulah yang terhormat, terbata.

Lalu hamba bertemu pula dengan si belahan hati yang lain pula. ya, ialah...belahan hati hamba ini varsity jumlahnya.

Usai, hamba kembali ke cafe, tapi pesanan masih belum siap. Hamba menyertai Wiyah, dan Ana lalu bicara dan terus bicara...

Hoh..terasa sangat tua, sudah acap sangat bila bertemu dengan adik-adik yang lebih junior dalam tahun pengajian lalu terpaksa menerimahadap wajah mereka yang 'cemburu' padaku. Ya, kononnya.."Bestnya kak nab dah nak habis.."

Dan hamba pun seperti biasa tetap cool melagukan bicara standard kepada semua belahan-belahan hatiku itu.." Akak ada lagi la kat sini...insyaAllah sambung".

Walau pada hakikatnya insyaAllah itu hanya asbab, bukan motif.

Oh, perbincangan mengenai kuih ini menjadi amat menarik sekali.

Hm...hatiku terpaut di sini...Pada setiap anak tangga, pada setiap lalu langkah di susurnya..Pada setiap bata yang memegun menjadi bangunan, pada angin dan air yang menjadi situasi, pada tanah dan langit yang menjadi asas kehidupan, hatiku tertancap di sini..juga pada insan-insan..

Benarlah, perasaan itu bukan sejenis kuih.

Semudah itu ia dinamakan, disediakan ikut resipi, dihidang dan dimakan. Bukan, bukan, bukan.

Bukan sejenis kuih. Perasaan itu indeed merupakan sesuatu yang sangat-sangat discrete. Ibarat ikhlas, yang hanya boleh dinilai oleh Allah. Sedang Malaikat tidak tahu bagaimana menisbahkan sesuatu ke atasnya dan syaitan tidak tahu bagaimana ingin merosaknya.

Beza, perasaan ini boleh hadir dari kedua-dua arah, baik atau buruk.

Ha, itulah yang kompleksnya.

Perasaanku pada medan ini bukanlah sesuatu yang boleh dibena-tidak-benakan. Bukan, bukan. Ia amat indah, meski hanya pada pandanganku sendiri.

Aku jatuh dan aku mengenal aku jatuh. Aku mendaki dan aku lupa akan dakianku lalu jatuh. Aku berdiri dan aku tersadung. Aku menjerit dan yang mendengarnya pepohon, aku berfikir dengan menghadap water cooler. Aku menyanyi sambil menanti mesin cucian. Aku menelaah sambil handfon di tangan.

Tiba-tiba hamba berubah menjadi aku. Ah, persetankan aku malas mahu mengubahnya. Haha...dan kemalasan itu juga harus diraikan.

'Aku' yang itu, hanya boleh diterima oleh medan ini. Dan sebab itu aku amat berperasaan dengannya.

Hm..bermacam-macam pembangunan didirikan di sini. Cuma aku ingin sekiranya boleh, ada taman persemadian yang boleh disemadikan jasadku paling tidak hatiku di medan bertuah ini. Seperti hikayat Sultan Muhammad Al Fateh, ada seorang pembesar yang meminta dikuburkan berhampiran kubu Konstantinopel, hanya kerana ingin mendengarkan tapak kaki kuda Sultan yang dijanjikan dalam hadis Utusan Langit, Rasulullah.

Bezanya, aku. Ingin mendengar derap langkah-langkah pejuang yang sentiasa menyemai islah di bumi USM ini. Kerana aku yakin, sentiasa akan ada insan yang berjalan malam sedang insan lain sibuk dengan urusan masing-masing. Ada insan yang bersengkang mata membincangkan sesuatu yang berada 'di luar' konteks siswa stereotaip? Ada hati yang lirih akan panggilan yang tak bersambut. Dan yang aneh, sentiasa akan ada hati yang memikirkan insan lain lebih dari diri mereka sendiri.

Sentiasa akan ada.

Dan kerana itu aku berjuang untuk memastikan keberadaan itu bersama saff kami. Sehingga setakat ini. Putiknya semakin lama semakin matang tinggal untuk tumbuh subur menjadi ranum. Tapi ya, aku sebagai salah seorang petani (tiba-tiba tukar profesi), harus menggemburkan motivasi sebagai baja, dan bimbingan sebagai penjagaan. Moga Allah redha.

Itulah..berkaitan makanan pada hari ini.

Perasaan kompleks tentang medan ini yang aku tempuh saban hari.
Perasaan yang bukan merupakan sejenis kuih sesenang ia dinamakan, disiapkan, dihidang lalu dimakan. Bukan, bukan.

Perasaan itu pelik. Punyanya aku.

Oh ya, sebelum menutup entri yang bersifat makanan ini. Ayuh kita sajikan satu lagi penaik selera.

Hari ini juga aku sempat berjumpa dengan belahan hati yang sekelompok itu. Yang bisa membuatku menangis bila bertemu mereka. Adik-adik yang sangat manis dengan mujahadah mereka yang tersendiri. Tangisan tu masih mampu diempang tapi bile memikirkan rahmat Allah dalam ukhuwah ini, sebak tu susah untuk diusir jauh. Maka, mudahnya, mampirlah.

Satu lagi, aku mengharapkan binaanku yang masih bertatih dalam gerakan mampu. Itulah ratiban doaku sejak dari dulu lagi. Dinda, kanda seru kamu, kuatlah.

Cukup setakat ini pemanis mulutnya.

Mungkin side dishnya boleh aku keutarakan sesuatu tentang makanan yang benar-benar?

Haha, baiklah. Kenapa aku gemarkan makanan?

Kerana hanya makananlah tanggungjawab yang mampu aku galas dan lunasi dengan baik setakat ini. Haha.

Baik, itu sahaja.

Salam kedamaian, salam kebangkitan.

Pingu Cool

No comments: