Sunday, May 13, 2012

F.A.M.I.L.Y

~Sekapur sireh...sekapur sireh dilipat-lipat..~

Aku mengganggau di bawah bantal mencari handfon. Subhanallah pagi-pagi ahad ni siapa pula yang nak rembat aku masuk lab ni? Kepalaku rasa berpinar. Bahana kurang tidur.

'Baiti Jannati' tertera di telefonku, baru berniat nak pangkah je tadi rupa-rupanya rumah.

"Hello...assalamualaikum.."ujarku dengan suara serak. Sempat aku mengerling telefon bimbitku, pukul 9:36 a.m. Aiseh..masalah ni.

"Assalamualaikum kakyong ye?" soal suara yang amat aku rindui. Ayah. Dah lama tak cakap dengan ayah.

"Ye.."
"kakyong baru bangun tidur ke tu?" soal ayah lagi. Dan dengan innocentnye aku mengiakan.

Rasa sangat bersalah sebab menerima panggilan ayah dalam keadaan yang tak ceria (sebab baru bangun tidur dan sakit kepala) yet sebenarnya takde alasan untuk bertindak sedemikian.

Ayah bertanya khabar sementelah aku jarang menelefon ke rumah, sebenarnya aku memang jarang menelefon ke rumah, selalu aku kacau ibu je, kat fon melalui sms atau fesbuk. Selalu sangat. Kadang2 ibu yang telefon.

Rasanya mereka tahu kenapa aku begitu, sebab aku ni bukan jenis yang gemar membuat panggilan melainkan out of mind. Aku takde banyak duit sangat nak beli topup banyak2. Dan selalu kalau topup je mesti niat nak call rumah, tapi topup cepat sangat habis, kadang2 malas nak balas mesej2 yang lain tapi tak balas pun aku yang kena bagi mesej. Tu semuanya alasan.

Yet, ayah masih selamba. Tapi aku yang rasa tak selesa. Lagi pula anak dara jenis apa yang bangun lambat? Hehe, ayah tanya lambat yong bangun kenapa? Aku kata, tadi dah bangun yah, lepas dhuha tidur balik, malam tadi bangun pukul 2 buat kerja. Ayah dengan coolnya berkata "Gi makan yong.."

Bila aku jawab, makan? Makan lambat sikit kot.

Ayah jawab, "Oh, makan lambat, sehari sekali ye?" Dan aku pun mengiakan sambil ketawa.

Bagaimana ayah tahu? Sebenarnya apa yang pernah aku maklumkan sambil lalu ayah akan ingat betul-betul. Ayah orang biasa, kerja pun biasa je, tapi ayah sangat super di mata aku.

Bila menulis dan mengingat ni tambah bersalah pulak rasa.

Ayah tak pernah lupa pasal aku..dan adik2.. kadang-kadang terfikir ayah tak belajar tinggi, tapi ayah terang hati, berkenaan anak-anak memang ayanh tak pernah miss. Tak pernah. Aku pernah cakap pada ayah yang aku boikot barang2 Israel, bila ayah beli barang-barang toiletries bila aku nak balik uni, semuanya jenama Syurah..Nama yang islamik ayah ingat mungkin bukan Israel punye, kata ayah. Padahal aku cakap pasal boikot kat ayah time aku stay dengan ayah waktu matrix dulu, sepintas lalu dalam kereta. Sampai tahun ketiga kat universiti pun ayah ingat lagi.

Ayah.

Hari ini ayah kerja malam, mungkin dah keluar pun.

Ayah telefon dengan satu misi. Untuk bertanya.

"Kakyong ada apa-apa ke yang nak cerita?"

"Ha? Cerita? Takde pun.." ujarku balas.

"Takde cerita apa-apa?" Soal ayah lagi.

"Hm...semua ok yah..sibuk sikit yah nak siapkan projek" ujarku menyedapkan hati ayah.

"Ye? Banyak lagi? Jangan tertekan yong...kiosk macam mana?" soal ayah lagi.

"Kiosk? Kakyong pun tak sempat nak terlibat sangat,"ujarku.

"Ha, tak payah fikir banyak sangat, nanti penat tertekan.."ujar ayah penuh diplomasi.

Ayah juga bertanya berkemungkinan aku ada apa-apa wish untuk ibu ke? Takmau telefon ke? Soal ayah.

Aku kata eh hari ibu semalam lah yah. (in which aku blurr sebab sebelum tidur tadi aku sempat tengok fb n post pasal HI ini dan ada juga tazkirah berkenaannya, so bila bangun tidur aku ingat, benda tu berlaku semalam.)

Akhirnya ayah meminta diri. Aku rasa sampai sekarang aku rasa sangat bersalah sebab tak macam selalu bila bercakap dengan ayah.

Aku tahu ayah telefon sebab nak korek perihal aku. Mungkin nyah ada cakap-cakap kat rumah pasal aku distress pudar akhlak akhir-akhir ini. Jadi ayah seperti selalu datang sebagai my knight of the shining armour.

Aku sayang sangat kat ayah. Takde ganti pelindung seperti beliau. Pelindung bagiku dalam kalangan manusia. Maaf ayah kakyong tidur balik tadi. (,~_~,)

As for ibu, aku lihat sangat banyak post wish2 untuk hari ibu kat fesbuk depa.

Ibu ada fesbuk tapi aku tak tergerak pun nak buat macam depa.

Keras hatikah aku?

Hm...ibuku Saripah bt Abdul Manan sama seperti ayahku Nasri bin Mustafa, terang jiwanya. Ibu tahu luar dalamku. Ibu menerima aku bila aku jahat dan juga bila aku menjadi lebih baik. Ibu tahu aku baik burukku, ibu tahu aku tanpa aku perlu melafazkan. Sekalipun ibu juga manusia biasa.

Aku tahu ibu juga seperti ibu-ibu lain, mahukan perhatian dari anak-anaknya.

Tapi ibu kental hatinya, anaknya yang nakal bernama Nabilah ini telah ia kenal benar. Bicaranya telus tanpa belok2, sekalipun ibu malu jika aku nyatakan yang aku rindu dan sayang ibu, ibu segan bila ingin menjawab bilamana aku memohon doanya. Aku dan ibu tak macam orang lain, kami dulu tak rapat, sebab ibu seorang guru yang garang, terbawa ke rumah. Kadang-kadang bila aku ke sekolah ibu aku jadi cemburu, ibu lebih lembut dengan murid ibu berbanding kami.

Tapi selepas aku disapa tarbiah ini, egoku jadi sangat rendah berhadapan ayah dan ibu. Aku menyatakan kasih tanpa segan silu lagi, relaks dan cool sahaja. Membuatkan ibu kadang-kala terkedu, dan segan.

Tapi itu dulu, sekarang aku dah matang, ibu pun semakin biasa. Bias kata kasihku ibu balas seadanya. Terharu bila keprihatinan yang ibu sembunyikan dulu kini semakin jelas. Ibu, kenal aku lebih.

Even aku tak mengucapkan happy ibuday kepada beliau, beliau tahu itu bukan yang perdana.

Sebab ibu tahu, nakalnya aku, aku sentiasa ingat kat ibu, ibu tahu betapa degil dan nekadnya aku, aku sangat2 takut jika ibu tak merestuiku, ibu tahu yang sekalipun aku kelihatan keras, tapi aku patuh pada ibu, ibu tahu aku jujur sekalipun tidak bersama ibu, sekalipun ada peluang aku tetap taat.

Hatta sampai sekarang aku tak pernah jejak Queensbay.

Ibu kata, "Azab Allah tu tak mengira siapa yong.." aku akur.

Ibu kenal aku.

Hatiku ini terbelah-belah. Picisannya banyak sekali. Tapi selepas Allah dan rasulnya, ibu dan ayah punya share yang sangat besar.

Dan kerana cintaku yang agung ini, aku dedikasikan hijrahku, kembalinya aku untuk maslahah mereka.

Kakyong berubah, untuk kita bersama ibu, ayah.

Mereka faham itu.

Aku menghadiahkan lagu hati, yang boleh mereka dengari.

~When I'm down,
And my heart so weary,
When troubles comes,
And my heart burden be,
And I am still
And wait here in the silence..
Until you come and sit a while with me.

You raised me up so I can stand on mountain,
You raised me up to walk on stormy seas,
I am strong when I am on your shoulder,
You raised me up to more than I can be.

Ibu, ayah, ibu, ayah, ibu ayah. Ada cinta di hati ini buat kalian. Anakmu yang metah ini mentah fikirnya, geraknya, rasanya, ampuni anakanda atas terlanjurnya lidah dan rasa. Sungguh ana bihibbakum fillah, ilallah, lillah.

Salam sayang berseri senyuman.

F.A.M.I.L.Y= Father And Mother I Love You.




Pingu Cool

No comments: