Thursday, May 10, 2012

Kalam Itu ada Padamu.

"Kak, hari ni kita baca Quran ye kak?" Soalnya sambil mengular menghampiri meja studinya.

Aku yang terjelepuk di lantai bilik itu masih dalam keadaan lelah dan mengah. Haha. Akhirnya...

Dia kemudian menghampiriku dengan mushaf di tangan. Oh ambil mushaf rupanya. Tapi kemudian mushaf itu diletakkan di tepi bantal di belakang kepalanya.

Aku yang masih memeta nafas tidak kisah kerana masa belum tiba, jadi kumpul nafas banyak-banyak.

"InsyaAllah...kita mula dengan tilawah hari ni eh?"

Muka yang selalu tenang dan cool itu menjadi redup tiba-tiba...

"Kak...saya...tak tahu...." Aku terkersip tapi bola mataku kembali tenang. Entah mengapa, tenang rasa sukmaku. Berdua-duaan sementara yang lain belum hadir ini, memudahkan urusan kami.

"Kenapa? Baca Quran?" Soalku meminta kepastian.

Dia memandang siling. Kalau ikut pengalaman, perlu elakkan berbicara perkara yang merupakan kelemahan mad'u. Bimbang2 depa sentap nanti.

Tapi...entah dirasuk apa, aku selamba meneruskan perbualan bernuansakan perihalnya yang satu itu.

"Erm..sebenarnye..eh sekejap, pernah khatam?" Soalku.

Geleng.

Aku mengangguk.

"Oh, kenapa eh?" Ujarku polos. Sengaja.

"Entahlah, pernah belajar tapi entah, degil kot.."

"Ok, sebenarnya, pada adik, apa yang masalah dalam membaca Quran?" Soalku berdiplomasi. Menggembur masalah dari akarnya.

"Semua, semua kak...tajwid ntah ke mana, terabur teruk..."Sayu lagunya berbaur inferioriti.

"Hm...tak pe, jangan risau, sebab tu lah akak nak perkenalkan tilawah supaya pembaikan diri kita ni, bukan pada akhlak sahaja2, ataupun ukhuwwah sahaja2, tak,tak, kita nak kembali balik kepada akar yang satu tu. Islam yang direkodkan oleh mushaf."

Diam. Matanya bergenang. Aku terkedu. Subhanallah, seberapa kurangkah bacaannya? Nanti bakal kuketahui.

"Lagipun, tak mustahil. Nah, Rasulullah diangkat menjadi rasul pada umur baginda 40 tahun, 23 tahun selepas itu syariat Islam turun sehinggalah disempurnakan sebelum wafatnya Rasulullah itu. Kalau Rasulullah bermula dari zero, dan sempurna sedemikian rupa, makanya tiada mustahillah bagi kita. Takpe, perlahan-lahan, jika tidak hari ini bila lagi?" Ujarku sambil menepuk pahanya dengan lembut.

"Ok ke?" Angguk.

"Kita mula sekarang?" Soalku lagi.

Angguk, mushaf dibuka.

"Kita mula dari awal ye, Alfatihah, ni macam mana nak ikut akak ke, baca sendiri?" Soalku lagi.

"Boleh kot baca sendiri..." Ujarnya sedikit bersemangat.

Aku tersenyum.

Natijahnya, dia tidaklah jauh dari fasih, tapi ya, ruang untuk pembaikan itu luas. InsyaAllah jika kena gayanya dia mampu.

Buktinya inferioriti itu hilang bila dia akhirnya membaca 3 muka surat berbalas 1 oleh aku. Semangatnya menular bila dia sudah mula membaca. Hebat, sangat hebat.

Aku gemar memandang sisi negatif orang sebagai aset bernilai yang boleh digilap. Takrif indah padaku bersifat sangat biasa. Sangat biasa. Aku tidak perlukan yang sempurna untuk aku merasa kagum dengannya.

Herm, anakku yang seorang ni selalunya kelihatan kental, alhamdulillah hari ini Allah rezekikan pintu hatinya terbuka untuk aku.

Alhamdulillah.

Aku, membenteng langkah, untuk tidak terjatuh dan turut sama mengheretmu, kekasih.

Berbahagialah, kamu dan aku memiliki Allah yang Pemurah dengan KasihNya dan Pengampun dengan RedhaNya.

Selamat meneroka keindahan kembali kepada Allah.

Pingu Cool

No comments: