Thursday, March 8, 2012

Mungkin kerana cinta~

Mungkin kerana cinta~

Setelah puas kening berkerut-kerut.

Pening-pening kepala memikir ibrah.

Tersengguk-sengguk menahan sakit tengkuk kerana berfikir.

Terdiam dan tidak berkutik di dinihari.

Memikir,memikir dan memikir.

Mencari resolusi, bila sahaja ada masa yang memampukan.

Akhirnya, ketemu satu pesalah sejati. Cinta.

Mungkin kerana cinta.

Kerana terlalu cinta, ia ditarik. Kerana Dia bersifat cemburu~

Sedar dan tahu, agar segera sahaja mengoreksi diri, bahawa walau dengan apapun sekali kebaikan yang disenangi, cinta itu tidak harus lebih dari kepadaNya.

Persoalannya, cintakah aku padanya?

Ya, tidak mampu menahan jiwa dari bimbang, bila tak mendengar suaranya.

Tak mampu menahan hati untuk resah, bila tidak melihat kelibatnya.

Tidak tahan mengempang gelisah bila ia kecalaran.

Mungkin itu tanda cinta?

Satu ketika dahulu, aku pernah dipanggil [walau sekali] sebagai akhowat doktor cinta.

Ya, ketika itu, entah kenapa, bahasa yang melatari perbualan sesama akhowat semuanya bernada syurga.

Tenang dan menenangkan~

Bila sahaja masuk ke peringkat pencarian solusi berkenaan masalah hati, aku menjadi rujukan. Akhowat doktor cinta.

Tapi, ia tak sama.

Persetankan itu kerana hakikatnya sekarang, aku tak pasti adakah ia kerana cinta?

Oh, Allah, luruskan jalan. Jika ia merupakan sesuatu yang Engkau redhai, dekatkanlah ya Allah. Jika tidak, tunjukkanlah padaku sesuatu yang lebih baik dari itu.

Mungkinkah kerana cinta, ia ditarik?

Setakat ini itu sahaja resolusi yang mampu disenaraikan~

Cukuplah, cukuplah, cukuplah Allah bagiku.

6 mac 2012- handphoneku yang berwarna putih keciciran. Pergi bersama membawa hati yang cinta.

7 mac 2012- kembali mendapatkan number yang sama.

Cukuplah, cukuplah, cukuplah Allah bagiku.

Pingu Cool

No comments: