Wednesday, March 7, 2012

Telah perginya ia kepada yang lebih berhak.

Oh, hari ini, hurm...ye hari yang lain.

Bisa aja dada berdebar-debar, menyoal usul dan natijah tindakan pada hari ini.

Selain diri sendiri, banyak pihak yang telah terzalimi.

Ana, asifah jiddan, jiddan. Lebih memilih untuk senyap bila tiada madah yang boleh menayangkan cerminan hati. Biarlah~sungguh ana tak tahu.

Jadi, hari ini, banyak kehilangan telah berlaku. Tapi ya, jika pertanyaannya adalah "Bagaimana harimu hari ini Nabilah?" Tentu sahaja jawapannya boleh jadi puas atau tidak memuaskan.

Tapi jika persoalannya begini: "Masih banyakkan nikmat Allah yang melatari hidupmu?" Ya, iya, sepastinya banyak sekali.

Tapi boleh tidak boleh, serasa masih ingin berbicara mengenai kehilangan.

Yang paling parah adalah itu, kehilangan hikmah, sehingga bila disentak, layak rasanya.

Untung sahaja ada madah motivasi pembakar sedemikian, agar hamba yang berkelana di pentas amal ini tidak terawang-awang hanya sekadar bermimpi di luar realiti.

Agar kembali memasang kekuda di atas daratan bukan fantasi.

Syukran. syukran ya Allah.

Yang kedua itulah kehilangan kesihatan, sementara tapi sangat mengusarkan dan menggunturkan. Hampir sahaja langkah menjadi amat pincang dan terabur. Kasihan kepada mereka yang terkesan akan keadaan, kerana keadaanku ini, aku telat dan menelatkan yang lain. Tertinggal dan meninggalkan yang lain. Asifah, asifah.

Lalu hilangnya sihat itu membawa kepada hilangnya tenteram.

Ya, bisa sahaja ia bukan sumber prima akan kehilangan damai yang sebelum ni enak bersarang dihati. Sudah, itu nanti aku khabarkan.

Alat telekomunikasi. Ya kehilangan yang seterusnya. Minor. Tapi effectnya subhanallah~ Biasalah bagi mereka-mereka yang berpajak masa sepertiku, alat yang satu itu sebenarnya amat-amat perlu.

Jadi, hikmahnya?

Ada. Ada.

Minggu hadapan bakal pulang kerana telah dipanggil menghadap ayahanda dan bonda yang jauh di mata, tidak lekang di hati.

Pulang juga untuk menguliti adinda-adinda yang sering menjadi tajuk-tajuk utama doa-doa harian dan buah fikiran.

Pulang juga kerana menunai janji.

Pulang juga kerana mencari rehat bagi hati. Moga hati tidak menghampiri mati.

Pulang dengan misi. Misi biasa tapi bermakna bila kena gayanya.

Pulang meraikan hari jadi.

Hari jadiku dan harijadinya. Hari jadi kami.

Tahun yang ini mungkin akan kehilangan bonus ulangtahun kelahiran celcom. Kerana sim kartu yang itu telah lenyap dari genggaman.

Sudah, ikhlaskan sahaja.

Kehilangan, kehilangan itu, membawa pintu harap yang indah pada akhirnya~
Tinggal pintu itu ditolak dan isinya diteroka sahaja.

Selamat meneroka hikmah.
Selamat menebar rahmah.

Pingu Cool

No comments: