Friday, March 2, 2012

Bila rindu~

[Dulu....]

Nebi berjalan tegak. Matanya memandang hadapan. Penuh karisma dalam perwatakan. Ya lah, dia merupakan orang penting di sini. Siapa tak kenal, mak tiri pengawas. Tapi itu ketika di sekolah dahulu, sekarang di tempat yang baru suasana yang baru, tapi masih, aura itu kekal. Masih.

Tiba-tiba sekalipun disedari, ada minah yang datang dari arah bertentangan melanggar bahunya kasar. Usai melanggar, meluncur pula kata-kata luahan kurang senang dari bibir gadis itu.

"Hee..buta ke? Dah tahu jalan ni sempit nak juga saing ngan aku..badan kecik takpe juga..." ujar gadis si pelanggar senada. Emosinya kurang stabil, sungguh dia memang rasa nak fire orang je sekarang, dapat pula seorang badak merintang jalan, memang mangsa la. Kasihan si gadis malang. Malang kerana....

"Wei, asal?" tanpa nada dia menuturkan sambil lengannya kuat memaut lengan gadis yang melanggarnya tadi. Sakit di bahu tidak diendahkan sakit di hati lebih merajai. Malanglah kau minah, jumpa dengan aku hari ini. Ujarnya dalam hati.

"Apahal kau? Nak cari gaduh ke?" Ujarnya kurang senang kepada Badak air dihadapannya. Badan dahlah besar, bawa air pulak tu. Sesuailah sangat. Dia melihat riak muka gadis dihadapannya ditarik perlahan-lahan menjadi dingin. Entah kenapa perutnya kecur.

"Kau. Aku tanya 'asal?'. Takde pulak aku cakap "Aku nak cari gaduh dengan kau." kan? Kenapa kau tak reti nak bezakan dua ayat tu ke?" Ujarnya dingin sedinginnya. Pandangan pakcik popeye di kaunter tidak dihiraukan.

" Hei, yang kau sibuk sangat urusan aku ni kenapa?" Ujarnya membela diri. Sekalipun kedengaran berani, dia sebetulnya sedang sangat-sangat khuatir. Aura gadis dihadapannya bukan main-main. Gelas plastik berisi air di tangan itu kelihatan bergetar-getar riak air di dalamnya. Air teh. Dia cuak.

"Masalahnya, kalau urusan kau, yang kau kacau aku tengah jalan APAHAL?!!" Tengkingnya tinggi. Sabarnya telah lama hilang. Gadis yang dihadapan matanya sekarang dipandang kecik-besar-kecik-besar je tu. Silap-silap ada orang mandi air teh susu ni karang.

"Aku peduli hape, jalan aku, suka hati aku lah" Gadis dihadapannya menjawab kini dengan nada yang rendah amat rendah.

Nebi naik angin.

"Wei, minah. Engkau kalau nak datang cafe, cari makan, buat cara cari makan. Jangan kau musnahkan hari yang indah masyarakat cafe yang baik-baik ni. Aura buruk kau tu simpanlah kat bilik sorang-sorang. Lagi satu jalan tu pandang depan, mata letak kat mana kepala ke patela? Apa kau ingat mandat kau besar sangat sampai semua orang boleh bagi kau jalan as if kau kebal. Hah? Kalau orang halang kau, sesuka hati je kau tepis kami as if kami ni cacing kerawit yang kau boleh pijak-pijak dengan kaki?"

Kedengaran semburan yang diikuti batuk-batuk dari arah belakang. Nebi mengalih pandangan. Kelihatan seorang budak lelaki yang sedang tersedak. Berhamburan nasi ke kerusi kosong dihadapannya. Cacing kerawit? Budak lelaki itu menala pandang ke arahnya dengan pandangan geram. 'Aku tengah makanlah bodoh..' Pandangannya pada Nebi seolah-olah menghantar mesej yang itu. Tapi pandangan geramnya padam sebaik terlihat sengih yang dihadiahi.

Nebi tersengih dua saat sebelum kembali menyambung. "Huh?" Singkat. Sebenarnya tak sempat nak habiskan sepatah je lagi perkataan sebelum budak lelaki tu tersedak tadi. Itulah Nebi, kemarahan yang terpendam akan membuahkan kata-kata kasar, pedas, padat lagi hampir membunuh bila dia membuka mulut. Minah ni memang silap orang.

"Nabilah...sabar,sabar..."Ujar Sarah cuba menenangkan gunung berapi yang baru mengeluarkan lava. Bahaya kalau dibiarkan lama ni.

"Diamlah kau! Kau nak makan penampar aku ke apa?!" Ujarnya sebagai pertahanan terakhir membela diri berhadapan badak air ni. Sakit woo kena fire...Adakah patut dia kata mata aku letak kat patela? Patela tu kepala lutut, hebat juga budak ni punya jargon.

"Cuba."Ujar gadis dingin itu datar. Pujukan Sarah disampingnya tidak diendahkan. "Sekali tangan kau melekat kat pipi aku, aku pastikan kau dapat 15 kali ganda. Biar gugur semua gigi depan kau tu." Bicara yang diikuti ketapan gigi dan dilatari suara sedingin ais di kutub dunia menggegarkan gegendang telinga dan tangkai jantung orang yang mendengarnya. Tak terkecuali gadis yang melawan bicara dengan Nebi itu.

"Weh, rupa je nampak macam alim. Tapi ayat macam orang rosak akhlak. Tak sepadan, baik tak payah pakai tudung macam ni. Wei, ustazah, kau seret kawan kau balik, buat malu je. Kawan nampak baik, tapi diri sendiri ntah apa-apa. Kononla nak tunjuk baik, akhlak dengan orang pun fail..huh?"Adakah aku tengah mencurah minyak kepada api? Oh, kenapalah dengan aku hari ni, mungkinkah aku bakal putus nafas dihabisi badak air yang hampir meletup dihadapanku ini?

"Nabilah, dah, dah...jom, kita balik..Yang lain tengah tunggu tu.."Ujar Sarah menarik tangan Nebi. Kena debik pun debiklah. Aku tak kisah dah. Kepentingan sekarang adalah keluar dari cafe ini sebelum sesuatu perkara buruk yang dia yakin boleh terjadi sekiranya lama lagi mereka di sini.

"Sekurang-kurangnya aku kawan dengan orang baik-baik, aku hormat kepentingan mereka terhadap hidup mereka. Kau? Apa kau buat kat sini? Dalam kalangan orang-orang baik yang berada di sini, kau tak layak. Apa kau buat kat sini sebenarnya? Kau ibarat taik cicak dalam dua kolah air masjid..." Sekali lagi, terdengar bunyi semburan, kepalanya sekali lagi menala ke arah yang sama. Kali kedua budak tu tersembur. Merah padam mukanya. Taik cicak. Agak-agaklah nak guna analogi pun kau kat cafe kan? Ujar mata itu menghantar isyarat bermesej. Nebi membalas juga dengan isyarat, 'Sorry mister, you neef to face the fact.'

Dia menala pandangan kembali kepada gadis beg tinju [future-to-be] dihadapannya, sambil menyambung "Kalau aku blah dari sini, sama macam air kolah kurang 10 gayung, kolah akan keruh, macam mana juga cafe ni keruh kalau kau ada kat sini."Kali ni bicaranya selamba. Dah tak marah dah sekadar nak mengajar gadis di depannya ini. Sarah di sebelah dah menarik-nariknya keluar dari cafe. Kakinya melangkah enggan menuruti langkah Sarah.

"Dan lagi satu, aku berakhlak kepada mereka yang berakhlak SAHAJA. Haha." Ujarnya sambil meletakkan cawan air yang masih separuh berisi ke dalam basin dan melangkah mengekori Sarah keluar dari cafe.

Kedengaran tepukan dari beberapa meja di cafe itu. Beberapa orang yang mengenalinya bangun dan memberi tepukan sambil menghantar isyarat 'Bravo!' dengan two tumbs up.

Dia pula. Mendepangkan tangan ke awangan sambil tunduk sikit-sikit.."Terima kasih, terima kasih, anda sememangnya warga yang prihatin.." ujarnya sambil ketawa dan beredar dari cafe sambil diseret Sarah yang sedang menggeleng-geleng kepalanya meninggalkan gadis tadi yang kini dibaham malu kerana ayat-ayat terakhir Nebi tadi.. Nabilah...Nabilah...

[Kini...]

Kepalanya tunduk. Mengambil beg yang disandang di belakang ke sisi kanannya. Mengeluarkan dompet untuk membayar harga minuman yang dipesan.

Gotcha. "Berapa?".

"RM 1.10." Dia mengorek-ngorek, mengirai-ngirai isi dompet di ruangan kecil yang sewajarnya berisi syiling. Allah. Kosong.

"Maaf, sekupang takda." Ujarnya kesal. Dia menghulurkan dua keping RM1 dan mendapat pulangan RM 0.90 yang kesemuanya merupakan syiling RM 0.10. Haik? Perli ke apa abang air ni?

Baru sahaja dia ingin melangkah menuju meja yang ditempati Ain dan Aina, bahunya dilanggar kuat. Habis berterabur syiling RM 0.90 dan juga telah selamatlah tumpahnya air jagung pada tudung labuhnya.

Dia senyap. Nabilah, senyap. Dia memandang gadis dihadapannya dengan pandangan kosong. Ain dan Aina menghampirinya yang masih berdiri menghadap gadis itu. Mereka kaget.

Nabilah melangkah. Setelah mengutip gelas yang kosong. Dan beredar. Duit RM 0.90 dia itu tidak dikutip. Tidak larat, bukan sekarang. Dia menghampiri basin gelas dan meletakkan gelas itu ke dalam basin sambil kakinya terus melangkah.

Kata-kata maaf yang diucapkan gadis tadi tidak dihiraukannya. Bersama-sama pandangan sahabat-sahabatnya.

Ain dan Aina mengutip kembali syiling-syiling yang bertaburan. Gadis tadi kelihatan terasa amat bersalah. Kakak tu langsung tak cakap apa-apa dan terus je blah. Dia jadi cemerkap. Ditolongnya kakak yang lagi dua orang ini mengutip syiling yang bertaburan.

"Kak, saya minta maaf..."Ujarnya sangat malu.

"Takpe, dia pergi tandas je tu.."Ujar Aina santai. Ain pula hanya tersenyum lalu mengangguk.

Nabilah, mungkin marah. Kebarangkaliannya agak tinggi tapi mereka tahu yang gadis itu cuba meminggir dengan sepantasnya untuk menenangkan dirinya sendiri. Dia berlalu kerana tidak mampu menahan marah. Caranya mengawal amarah adalah dengan berisolasi. Itu sahaja. Nanti dia akan kembali. Mereka yakin. Tiga tahun berukhuwah dengan Nabilah memungkinkan mereka meneka hampir kebanyakan perbuatannya, walau bukan semuanya.

Tukang kedai mengambil mop lalu mengelap tumpahan air jagung yang tak sempat sampai di tekak tuannya itu.

Ain dan Aina baru saja berkira-kira untuk berpaling ke meja makan setelah mengutip syiling-syiling itu. Bimbang kucing naik ke meja nanti. Sebelum tiba-tiba Nabilah muncul.

"Antuma kutip duit ana tadi?" Soalnya. Tudung dan t-shirtnya dah bertukar. Eh?

Mereka mengangguk. Gadis yang melanggarnya tadi, memandang Nabilah tanpa berkelip apabila Nabilah senyum kepadanya.

"Maaf." Ujarnya sepatah bila adik junior ni tidak bereaksi.

Gadis itu seperti disentap ke dalam realiti bila Nabilah bersuara.

"Kak..saya minta maaf kak..saya tak sengaja.." Tukasnya pantas dengan rasa bersalah yang menggunung. Jadi isu pula akak ni balik bilik tukar tudung baju segala.. Hish, rasa bersalah betul! Nasib baik kat Cafe Desasiswa. Kalau Cafe Siswa? Kasihan akak ni.

"Takpe. It happens..always.."Balasnya sambil tersenyum. Gadis itu mengembalikan senyuman kini dengan riak lega. Sungguh, akak baik gila! Matanya menghantar pandangan bermesej ke arah Nabilah.

Cuba bagitahu akak benda yang akak tak tahu? Nabilah mengembalikan pandangan bermesej dengan senyuman yang amat mesra. Gadis itu ketawa.

"Maaf kak ye.."
"Taken...takpelah..Dah jadi, ikhlaskan aja.."Ujarnya polos.

Gadis itu berlalu..

"Ukhti, antuma tak jaga nasi ke?" Soalnya tiba-tiba. Ain dan Aina yang terpaku macam tugu negara itu seperti tersampuk oleh soalan Nabilah. Dengan tersenyum mereka segera berlalu.

Keadaan sekeliling di Cafe itu kembali seperti biasa.

"Encik, bagi saya air yang berharga RM 0.90" Ujarnya yang mengundang senyum di wajah lelaki yang menjual air tu.

'Benarlah hebatnya akhlak seorang Muslimah.' Ujar lelaki itu sekadar di dalam hati bila berhadapan dengan gadis bertudung labuh ini yang manis tetapi tidak pernah tersenyum, terutama kepadanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dulu lain..Sekarang lain..Dahulu bujang sekarang dah kahwin....Hehe.

Kalau dulu, amarah yang membuncah boleh sahaja dengan sesuka hatinya dihambur keluar.

Tak kira masa tak kira mangsanya, asalkan jiwa puas, emosi lepas.

Untung juga, dulu bila Sarah mengadu kepada Murobbiahku, usai sahaja kami pulang dari cafe dan menuju liqo di Blok A1.

Dan kaw-kaw aku dimarahi pula oleh Murobbiahku.

Entah, berhadapan dengan insan-insan ini menjadikan aku mudah merendahkan egoku.

Teguran dan nasihat mereka hatta bagaimana sekalipun mengusap indah lalu masuk ke dalam hatiku.

Mungkin benar kerana hubungan mereka dengan Allah yang memungkinkan segala itu.

Menasihati kerana sayang, menegur kerana cinta. Menjadikan aku, aku pada hari ini.

Dan hari ini...kembalilah Muslimahnya seorang Nabilah pada akhlaknya.

"When I am angry, I have the right to be angry, but that doesn't give me the right to be cruel or rude."

"Orang yang kuat bukanlah mereka yang mampu menjatuhkan singa jantan hanya dengan tangan, bukan pula mereka yang mampu menahan curahan air terjun, tetapi orang yang kuat adalah mereka yang mampu mengikat amarahnya"

Yet, no referencee~Just accept it as you please.

Azam cool yang menjadi, tahun saban tahun.

Pingu Cool

No comments: