Sunday, April 15, 2012

Baju Raya Warna Biru

Belum sempat lurus tulang belakang aku dah berkobar-kobar menulis entri ini.

Bukan semangat, bukan juga rindu hatta dipaksa. Tak.

Memang nak menulis. Kalau cinta perlukah bersebab?(cewah)..

Well indeed, there are plenty of things to be write. To be tell.

Huuuh..

Baju raya warna biru, jika diikutkan, banyak lagi tajuk yang boleh digembleng menjadi tajuk post tapi biarlah, mungkin itu yang paling jelas pada kornea hati, maka raikan.

Ha...tapi betul..baju raya memang warna biru. Memanglah hamba menjadi sangat-sangat teruja bila Su yang diarahkan membongkar kain baju raya menyuakan sepasang kain ela yang bakal merupakan baju rayaku.

Pada mulanya bila su mengatakan tema kami tahun ini adalah polka dot, aku jadi haru, seriusly seganla hamba. Tapi bila aku melihat sendiri, aku terus jatuh hati. Warna biru, biru muda. Indah, mencuri hati beta. Minta maaflah, memang sangat teruja dengan warnanya. Ada lagi sepasang sebab ibu memang belikan dua pasang seorang tapi yang biru ni lebih mendapat tempat di hati sebab jarang dapat kain baju warna biru ke sebab memang belakangan biru mendapat tempat di hati. Ye lah, botol air biru, dompet biru, fail biru, hm apelagi. Tu je.

K lah malas nak describe banyak-banyak pasal baju biru tu.

Tadi naik feri, ada seorang budak lelaki dan perempuan yang menggamit perhatianku sedari awal kami berpusu-pusu masuk ke feri lagi. Yang mana budak lelaki itu mengejar dan yang perempuan berlari.

Usai melangkah masuk feri dan membaca doa naik kenderaan, aku settle down kat satu anjung yang ada perempuan. Baru-baru ni aku perasan yang sekarang takde dah feri yang ada tempat duduk penuh macam dulu. Sekarang kat atas pun ada kenderaan, so memang dah banyak kali juga aku naik feri dan terpaksa berdiri.

Rasa geram juga sebab sepertinya syarikat feri ni mengabaikan keperluan penumpang tidak berkenderaan seperti kami, sekalipun kami merupakan penumpang yang paling murah tambangnya tapi sekurang-kurangnya mahal juga, kalau seorang RM1.20, dua orang RM2.40, walhal kalau menaiki motor, sebuah motor baru RM1.40, bukankah sebuah motor itu maksimum dinaiki oleh 2 orang termasuk pembonceng?

Jadi, adakah kami masih merupakan penumpang picisan? Janganlah macam tu. Penat tahu?

Hati tambah penat bila mengingatkan kejadian Jumaat hari itu, pandangan yang agak merengsakan mata. Sebelum ni tidak begitu kisah sebab tahu mereka juga manusia mencari rezeki. Dan ketika itu sukma tidak tega melabelkan mereka sebagai pendatang berasbabkan bumi ini bumi Tuhan bukan milik kita mutlaknya.

Tapi....bila dah berhadapan dengan situasi hari tu memang rasa kalau ada kuasa superheroin dengan tangan yang besar gedabak serta berkuasa megatrillion, pantas je di hati ni rasa nak picit-picit setiap orang yang membuat onar ketika ingin menaiki feri itu!

Tak pernah-pernah jadi selama tiga tahun aku kat sini perkara sedemikian. Tahu tak, orang berebut-rebut menolak dan menghimpit antara satu sama lain ketika melepasi pagar untuk memasuki feri. Tahu tak kalau diikutkan hati, badanku yang besar dan agaklah kuat memang aku libas je dengan tangan orang sekeliling yang menghimpit dan menolak diri ini.

Tapi memikirkan mungkin terdapat wanita mengandung, atau orang tua berhampiran atau apa-apa lah, aku pangkas niat itu.

Untung saja aku memakai beg galas dan juga membawa beg roda dihadapan. Boleh dijadikan kubu daripada orang belakang dan depan.

Tapi...bila saja melepasi pintu itu, menyesal pula aku tidak melibas sahaja mereka yang berperwatakan sedemikian. Kerana mana mungkin orang tua dan wanita mengandung berada di lane tersebut, bukankah ada lane khas untuk mereka? Hish, nabilah rugi!

Hati tambah panas bila terdengar sorak sorai mereka dan terlihat pula satu entiti yang menyembur penyembur wangian ke udara simbolik untuk me'wangi'kan keadaan. Serius ingin sahaja aku libas beg rodaku yang kosong ini ke kepala entiti tersebut. Haish!

Hatiku bungkam. Kemarahan bermaharajalela. Apatah lagi melihatkan entities berjantina 'female' mereka seperti biasa berpakaian menjolok mata dan hati serta beraksi kurang sopan.

Ketika itu aku ingin sahaja menjadi incredible hulk dan menepis orang-orang yang kurang senonoh dan adab ini terus ke dalam laut, biar yang tinggal orang-orang yang etika dan kesopanannya mengikut standard adab dunia, sekalipun tidak sebaik standard Islam. Cukuplah jika seperti orang-orang cina Penang yang agak bertamadun.

Dahlah time tu pakai baju hijau, memang sesuai sangatlah.

Hati yang membengkak kini disimbah pula dengan lahar krakatoa, memang cari nahas. Sekarang latar masyarakat berubah kepada masyarakat Malaysia jati insyaAllah, pelajar sekolah menengah. Ni lagi satu, pantang betul aku dengan naluri ke'pengawasansekolah'ku melihat pelajar atau remaja merokok.

Hee...aku pejam mata sambil berdiri. Kena cool, kena cool.

Sampai feri berlabuh dan penumpang turun aku menunggu sebelum berjalan.

Yang menyakitkan hati bila sampai ke eskalator, ianya tidak berfungsi, jadi beramai-ramailah kami menuruni eskalator tu. Sungguh, ampuni aku Tuhan kerana terlalu banyak merungut. Geram.

Itu Jumaat itulah.

Hari ini ahad, aku baru pulang dari kampung, hati masih berbunga namun keletihan mula terasa. Masakan tidak, jika hari itu beg ku kosong kini ia penuh berisi dengan 4.5kg kerepek pagoda yang aku ambil stok dari kampung. Ditambah 1.5kg lagi yang terpaksa aku tampung dengan plastik kerana tidak muat dimasukkan ke beg pakaian. Jadi memang sedikit penat.

Tidak hairanlah tulang belakangku mengambil masa untuk kembali lurus.

Hm..kembali kepada dua budak yang menjadi fokus perhatianku tadi.

Sedang aku berdiri melihat laut, satu kebiasaan yang baru aku perolehi sejak aku pertama kali menaiki feri di Penang ini, aku diganggu dengan satu kejadian. Budak lelaki tadi kini memukul-mukul budak perempuan itu.

Berkerut dahiku seketika namun mataku kembali ku tala kehadapan petanda itu situasi biasa kanak-kanak bermain.

Tapi tak lama, mataku kembali semula kepada budak-budak itu. Sememangnya naluri ke'kakak'an ku sangat kuat. Aku tambah berkerut bila melihat yang budak lelaki itu naik hantu terus memukuli badan budak perempuan itu.

Aku membuat kebiasaan yang aku selalu lakukan ketika aku menjadi pengawas dulu. Aku memandang tanpa henti kedua kanak-kanak itu dengan pandangan yang amat tajam.

Sejujurnya lama sudah aku tidak berperilaku sedemikian.

Jikalau dulu, bila berhadapan dengan senior yang merokok di belakang tangki air, jelinganku ini mampu membuatkan mereka memijak puntung rokok mereka dan bertempiaran lari bila aku hanya senyap dan memandang sahaja. Sekalipun aku masih di tingkatan 3.

Sama juga kali ini, sekalipun budak lelaki itu tidak sedar kerana sedang naik hantu, kakak kepada budak perempuan itu menyedari panahan tajam pandanganku lalu cuba meleraikan kedua-dua kanak-kanak itu.

Mereka masih terlalu muda, kedua-dua kanak-kanak itu aku tebak umurnya ada di sekitar 8-9 tahun, dan kakak mereka adalah dalam kalangan 11-12 tahun. Masih terlalu muda tetapi aku yakin yang mereka bebas dari pengawasan orang dewasa kerana aku mendapati mereka tidak merapati sesiapa melainkan sekadar membawa diri mereka sendiri.

Pandanganku tala ke arah lain bila aku rasa tidak mampu untuk pergi ke arah mereka dan menghentikan tindakan budak lelaki itu.

Aku perlu berbuat demikian kerana jika diikutkan hati habis lumat budak lelaki itu aku basuh nanti.

Budak lelaki itu kelihatan mengejar budak perempuan itu sambil terus-terusan menumbuknya. Budak perempuan itu berlindung di belakang kakaknya dan kakaknya membalas perbuatan budak lelaki itu. Tetapi apalah kudratnya sebagai gadis cilik yang berapa kerat sangatlah tenaganya.

Dia lalu beralah.

Aku yang masih memandang ke arah mereka berasa sebal kerana melihatkan seorang lelaki yang memakai speck mata turut menyaksikan perlakuan adik2 itu.

Sangkaku mungkin dia penjaga mereka tetapi mustahil kerana dia langsung tidak berkutik untuk menegur budak lelaki itu apatah lagi melindungi si gadis kecil.

Sangkaku kemudian mungkin dia buta, kerana dia bercermin mata.

Tapi kemudian aku lihat dia mengeluarkan sebatang rokok lalu menyalakannya tanpa ada pincang pada seni perbuatan.

Aku tiba-tiba berhenti menganalisa lelaki tersebut bila budak lelaki dan perempuan itu berlari berhampiranku.

Darahku tiba-tiba mendidih bila budak lelaki itu menarik tudung si gadis cilik hingga terserlah rambut yang cuba dihijabnya. Hatiku panas sekalipun dia masih kecil, si gadis sangat menjaga auratnya. Buktinya tadi kakaknya baru sahaja mengemaskan lipatan tudungnya.

Tanpa sedar dan entah bila lenganku mencengkam bahu si anak muda. Tidak kejap tapi cukup mengejutkan budak lelaki itu. Tingkahnya berhenti sekejap.

"Adik, kenapa buat macam ni?"Sergahku. Pantang sungguh aku lihat perbuatannya itu. Fikirku jika dibiarkan, tahap superioriti dalam dirinya mungkin berkembang hingga dewasa, jika tiada pengawalan, dan boleh-boleh jadi dia akan menjadi seorang pembuli jika tidak ditangani awal.

Aku sangat faham kerana aku belajar tentang psikologi di mana sebarang ganjaran akan mengerapkan perbuatan dan denda akan mengurangkannya.

Sekarang aku mengenakannya denda, supaya nanti dia tidak sewenang-wenangnya memperlekehkan sebarang wanita yang ia temui nanti belakangan hari.

Dan ia berhasil.

Usai sahaja sergahanku tadi. Ku lihat gadis cilik itu kekal di samping kakaknya dan si budak lelaki duduk agak jauh dari mereka.

Matanya kelihatan gerun denganku. Biar. Biar dia tahu yang aku serius, sekalipun aku hanya berpura-pura garang.

Namun hakikatnya, aku memang sangat pantang. Sekiranya yang diganggu itu adikku sendiri, memang tidak selamatlah orang yang mengganggu. Sungguh.

Tapi niatku hanya ingin membantu. Entah mengapa, sekiranya aku tidak menghiraukan mereka sama sepertinya aku mengendahkan kejadian-kejadian masyarakat kini, penderaan rumah tangga, pemerdagangan orang, sindiket penculikan yang mana ada yang berlaku di bawah sinaran mentari, waktu siang tengah orang ramai tapi tidak mendapat 'perhatian'!

Itulah yang mendorong aku untuk bertindak sedemikian.

Sekalipun kecil, tapi yang kecil inilah yang boleh tambah membarah menjadi penyakit yang lebih besar.

Aku merengus melihat lelaki berkacamata. Adakah kacamatanya turut mengaburi mata hatinya daripada 'melihat'?

No comments: