Saturday, April 14, 2012

Traumatize

Trauma.

Jika itu perkataan yang tepat untuk membayangkan keadaanku dinihari itu.

Aku tidur amat awal malam itu, akibat mata yang terlalu berat hari itu. Hari yang panjang dan varsiti urusannya.

Aku terus tidur di atas katil yang berselerak dengan pakaian yang baru kukutip dari ampaian. Tanpa laratku hirau lagi longgokan kain itu. Aku maklum dan faham akan kesemakan itu tetapi aku lebih dari faham perancanganku. Hahaha.

Namun dinihari yang gelap tanpa sebarang cahaya itu menggemparkan aku yang sedang terlena. Ku meraba-raba di bawah bantal mengapai telefon tanganku. 2.42 pagi. Yang penting aku terganggu.

Aku menjadi sangat gerun. Aku lalu berlari ke tingkap lalu kuselak langsir yang menutup tingkap. Asbabnya satu guruh yang mengguntur lama dan dahsyat! Renyai hujan di luar tingkap memaksaku berfikir.

Aku galau dan takut. Sangat.

Aku tidak mampu lagi berfikir. Ketakutan yang teramat sampai terkaku.

Ya Allah, aku bermohon akan belas kasihMu, ampunilah aku. Dengan mata yang berat aku kembali ke katil setelah mencabut plug komputer dan pengecas telefon bimbit.

Aku tekup kepalaku dan kembali bertawakal.

Lalu kutertidur sehingga kubangun lalu kembali dengan perancanganku.

Alhamdulillah.

Trauma yang menggesa luangan jantungku mengepam lebih banyak darah.

Ketakutan yang menjadikanku takut, kerana aku telah diberitakan akan azabNya.

Sementelah ketakutanku wajar.

Jika kamu mengatakan ketakutanku tidak wajar, bisikkan padaku bagaimana kamu mengimani Al-Quran.

Pingu Cool

No comments: