Wednesday, April 11, 2012

Nabilah Bukan Nabi

Sakit.

Kalau itu yang boleh membayangkannya.

Sabar.

Satu kata panjang makna.

Mati.

Penamatan yang diharapkan bila hilang kekuatan diri.

Redha.

Jika tiada, tidak bermaknalah dunia.

Korban.

Mengucapkannya mudah, melaksanakannya berkerah.

Aku.

Watak utama dalam ceritera ini.

Nabilah bukan Nabi.
(Daerah Cinta 02:11/4/12)

*******************************************************************************
Hatiku dipagut gusar. Lagi. Telah seminggu ia begini. Salahku yang lekas melenting, walau ketara, salahku hanya itu.

Hari ini bakal mendapatkan pandangan sang murobbi. Dan aku telah tahu apa yang akan ditaujihkan cuma aku memerlukan sarana tindakan.

Mataku terasa pedih, tubir mata makin hampir antara satu sama lain. Pandangan jadi kelam hasil dada berombak menahan tangis. Sungguh aku hampir letih.

"Tak,tak,tak, kalau kita kata sabar kita takat ni je memang salah, tak, bukan, bukan orang mukmin tu sabarnya pada mula, tengah sampai akhir. Kalau kita letakkan ia ditengah, ada hadnya, itu bisikan jahat. Tak, kena betulkan balik.." Aku tersenyum akhirnya. Tidak tahu ingin berbuat apa-apa lagi.

Tubir mataku kian berat mengempang airmata. Rasa sangat sedih, maaf ya Allah telah aku zalimi diriku sendiri dan telah aku zalimi dia.

Salahku. Salahku.

Aku memegang dada. Ada entiti yang berdegup di sana. Kencang. Atau lebih tepat lagi melompat-lompat ia di sana.

Sakit. "Tapi, sakit kak.."ujarku tertahan. Bimbang sepatah lagi perkataan boleh membawaku keluar dari zon kesabaran lagi.

"Memang, kita dah tahu dia macam mana, yang ditarbiah itu kita Murobbiahnya, dia orang yang belum faham"
"Lagipun, anti tak boleh kata takde hati, nanti samalah kita macam orang biasa, tak sihatlah ukhuwah yang macam itu." Ujarnya menambah.

"Ana akan cuba, settle diri ana," Ujarku mencapai resolusi yang dicadangkan.
"Hm..anti kena sabar, memang itulah jalannya, pahalanya pun banyak," Sang Murobbiah menutup bicara.
"Yang ana sebak, dia kata dia manusia, habis tu ana apa, bukan manusia ke? Sabar ana sabar manusia kak.."Sakit. Sangat.

'Manusia yang ditarbiah Nabilah' Ujarku memujuk hati. Dalam.
Sedang sang murobbiah hanya tersenyum.

Usai, aku pulang sendiri, langkah kaki terasa lemah dan berat. Sangat. Hampir-hampir aku tidak dapat melihat anak-anak tangga. Mahu serasanya duduk di tengah-tengah laluan kerana upaya untuk melangkah tidak ada. Aku pautkan tapak tanganku pada dinding tepi laluan menahan jatuhnya badan. Langkahku lambat. Sakit.

Untung sampai juga aku ke Daerah Cinta ini, yang menyimpan aku sebagai aku yang aku.

Aku Nabilah. Nabilah bukan Nabi.

Merawat hati.


Pingu Cool

No comments: