Tuesday, April 10, 2012

Maharku 45K

Mungkinkah...

"Kak, ana dah bersedia berBM, boleh bagi ana borang?"

"Alhamdulillah...tapi tak tahulah cepat ke lambat ye? Nah, isilah baik-baik, anti dah bersedia betul ni?" Soalnya bagi menetapkan keyakinan bahawa anak usrahnya telah sedia berBM.

"InsyaAllah, nah kak." Usai borang diisi, terus dikembali sekejapan itu juga.

"Eh, anti biar betul, tak sampai 5 minit ni," Selanya hairan tetapi masih juga ditala matanya ke borang yang masih kosong tanpa jawapan kecuali di satu bahagian "Ciri-ciri pasangan yang diidamkan". Dan rahangnya jatuh.

-Mencari lelaki yang mampu memberi mahar sebanyak 45 ribu ringgit Malaysia-tertulis sebagai salah satu ciri di ruangan itu.

Dan rahangnya kekal jatuh.

Kalau, agak-agaknya buat scene ni kepada Murobbiah apa natijahnya agaknya?
"Ukhti, sebaik-baik perempuan adalah yang paling rendah maharnya.."mungkin line ni akan keluar?
Ataupun...
"Sewaktu Saidina Ali ingin menikah dengan Saidatina Fatimah, tiada apa yang ada kecuali baju besinya sebagai mahar..sekalipun begitu pernikahannya berkah..." Takpun..
"Ukhti, tahulah bahawa mahar itu tidak seharusnya memberatkan..bahkan sekiranya begitu tak mustahil zauj anti yang bakal menanggung hutang selepas perkahwinan."
Takpun....
"Anti gila ke hape? nak cari suami ke, nak cari sugar daddy?!!" <---ni kalau aku yang jadi Murobbiah.

Haha.

Hakikatnya, aku faham dan yakin tentang mahar, hatta sebelum ini, telah pernah aku berbincang secara serius dengan ayah berkenaan hantaran yang mencakupi perihal mahar itu, dan telah aku tegaskan inginkan mahar yang rendah.

Namun setelah hari ini, aku berpendapat, mungkin, mungkin, apa kata, bolehke agaknya, mungkin boleh aku ubah mindset itu. Tidakkah terlalu selffish? Takpe mungkin aje.

Aku ingin menetapkan mahar sebanyak 45K sahaja.

Jatuh rahang? Pasti hatta ayah yang pernah mempertahankan mahar tinggi buat anaknya yang belajar tinggi juga pasti jatuh rahang. Dan mungkin-mungkin sahaja akan keluar line ini,
"Eh, dulu kata nak letak 5K je...Ayah dah ok, kamu pulak minta tinggi yong.."
Dan aku pulak... "Eh, mesti.." Dan pasti pula kepalaku bakal diluku oleh ibu. Haha.

Tak, ibu tak pernah luku kepala, dan insyaAllah takkan pernah.

Sebenarnya perkara ini disebabkan suatu perbualan yang berlangsung antara aku dan sahabat semakmal FYP-ku, Encik Akif.

Perbualan itu berbunyi begini...:

En Akif: Nabilah tak balik ke hujung2 minggu ni? (sambil melihat aku yang sedang membelakangkannya memandang kebuk wasap)

Nabilah: Balik..InsyaAllah hujung-hujung nanti. (Off-handed tanpa berpaling memandang si empunya suara dia selamba menuturkan.)

En Akif: Haha, orang nak balik uni kita gopoh-gopoh nak balik rumah.

Angguk. Tanpa balas.

En Akif: Balik pun bukan sebab apa, nak jemput mak (nampak macam ada respons dari aku) dari airport. (dan aku tambah teruja)

Sambil berpaling lipat maut ke arah En Akif dengan muka tak boleh blah aku bertanya.

Nabilah: Dia gi mana?
EN Akif: Umrah.
Nabilah: Wah............................(Tak pernah-pernah jadi)

Senyap.

Nabilah: En Akif, berapa ribu eh?
En Akif: 4 ribu je..kalau tak silap lah, dia murah sikit sebab transit.
Nabilah: Eh? Maksudnya macam mana?
En Akif: Kalau transit ni murah sebab dia bukan direct. Kalau direct gi Mekkah tu ha, tapi ni transit singgah Oman dulu. Pastu tunggu 6 jam baru bergerak balik ke Mekah.
Nabilah: Oh.... 4Ribu..(ujarku pelan)

Senyap.

Dipandangnya kembali kebuk wasap.

Sesaat kepalanya kembali meligas.

Nabilah: EN Akif, kalau haji berapa, tahu tak? (Ujarnya sambil mara ke arah beg mengambil planner dan kalkulator)
En Akif: Haji tak salah kalau murah 20K. Yang tu agak murahlah dengan TAHA.
Nabilah: (Jatuh Rahang tapi masih mengangguk...'20K')
En Akif: TAHA murah tapi kena que la. (Dan lepas tu tak peduli apetah)

Tanganku ligat menekan-nekan calculator. Kalau bajet haji 20K seorang, kalau 3 orang dah 60K, 60K, kalau kerja then simpan dalam tiga tahun, target 3 tahun nak pergi haji. Kira-kira sebulan kena save up RM1667 plusminus, kalau sehari pulak kena tabung simpan kat dalam tabung TAHA yang makcu bagi tu lebih kurang RM 56. RM56????!

Gee..kalau gaji sebulan RM3K tinggal RM1333, kalau nak makan, ok kot. Tapi mana nak bayar api air lagi, sewa rumah ke, belanja dapur, minyak kereta kalau dah boleh drive. Cewah.

Tapi, kalau tak berkorban tu bukan namanya kemanisan nab. Hati meningkah.

Katakanlah simpan RM2 sehari, sebulan dapat RM 60, setahun RM 720, kalau nak capai RM60K.

83 tahun plusplus.

Pergh, ni dah macam semalam lailatulqadar. 1000 bulan.

Lailatulqadar pun susah nak jumpa. Hm, jauhnya.

Macam mana ni.

Kalau RM 2 untuk setiap orang, sehari simpan RM6, dalam sebulan ada RM 180, setahun pulak RM 2160. Nak kumpul 60K perlukan........27 tahun plusplus.

Sempatke ayah ibu nak tunggu 27 tahun? Ayah umur 47, time tu umur ayah 74, terbalik dah. Ibu muda 2 tahun. 72.

Aku pulak sekarang 22, time tu 49, eh tua dah. Larat ke ntah.

Macam mana ni.

Sedang leka menujah-nujah kalkulator yang langsung tidak memberikan harapan tu, kepala menyimpang keluar alam.

Macam mana eh? Apa kata buat pinjaman?

Namun tetiba teringat, PTPTN pun tak tentu dapat bayar. Lalu sekali lagi kepala meligas!

Nabilah: En Akif. Kalau kita tak bayar habis PTPTN tak boleh pergi haji eh?
Dia tersentak kerana secara tiba-tiba kebisuan pecah.
En Akif: Eh, taklah boleh je, aritu saya boleh.
Nabilah: Wah, dah pergi haji?! (teruja lagi)
En Akif: Taklah hari tu saya pergi Vietnam. (ceh...) Dia kalau hutang kita cecah 100K ke atas. Tunggak-tunggak, bunga lagi, tu yang kena banned tu.

Lega.

Kepala terus mencongak.

Then how. Hm, kena kerja kaw-kaw nih, takpun.......................

mindanya mengarah ke arah satu jalan. Jalan mudah.

Ok ke kalau beban kewangan ni dikurangkan, cuba kalau aku kena simpan 20k je? Yang lain tu orang lain bagi.

Orang lain itu tahulah sapa.

Kalau 20K dalam masa 3 tahun, dalam sehari kena save RM19 je. Ok lagi lah untuk aku sekarang. Pastu dalam masa 3 tahun aku, ayah dan ibu boleh pergi haji dah. Hehe.

Yang penting orang tu boleh bagi aku RM40K. Hm..kalau nak suruh orang tu bagi RM40K kena jadi mahar bukan hantaran. Supaya duit yang aku dapat tu memang jadi milik aku dan boleh digunakan mengikut kehendak aku. Kan?

Wink3. Ok gak tu.

So, kalkulator put aside.

Hm..mahar RM40K, agak-agaknya, ok ke dari segi agama? Hee..takut pulak nak fikir.
Timbang side lain la pulak. Well, side apa lagi yang tinggal, neraca langit je la yang wajar dipertimbangkan.

Mahar sebanyak RM45K tu bukan untuk aku selunasnya, RM5K je sebenarnya maharku, takde hantaran insyaAllah, dan selebihnya pelaburan haji.

Tapi, benar, ia mustahil.

Bak kata aku yang bermonolog, "Kamu nak cari suami ke nak cari sugar daddy??!"

Hm, betul.

Tiba-tiba rasa heart sank. Ya Allah jauhnya gapaian hajimu. 27 tahun, bimbang-bimbang tak sempat.

Tak kisahlah yang penting usaha. Perlu usaha.

Tak boleh nak mengharapkan bakal suami menghulurkan mahar RM40K. Sebab tahu dengan keadaan pihak tersebut. Hatta, mungkin terbelalak dan cancel taaruf jika pihak tersebut mendengar syaratku.

Haha. Lawaknya. 'Pihak tersebut'.

Demikianlah, percaturan hidup dengan mantik kira-kiranya.

Jadi sekarang kena kerja kaw-kaw. Buang rasa malas, habiskan sample cepat-cepat, buatlah OT kalau perlu, revise killer paper wood engineering bagi genggam sampai lumat. Grad dengan pointer best, jangan lupa sediakan proposal master, kena sambung, lalu belajar kaw-kaw lagi, grad pastu propose untuk PHD gak, then apply jadi lecturer kat mana-mana kolej ke ape ke, then collect RM60K. Ikat perut 3 tahun.

Merancang itu mudah, nak melaksanakannya berkerah.

Buktinya SV tak kasi OT esok, cuti pertabalan dengan alasan takde siapa nak supervise, beliau takut jadi something pada anak dara orang ini.

Thanks Dr Tay.

But yet, I have to work harder. Dynamic Kiosk kena kasi kembang kaw-kaw punya, then bukak branch, nama dah daftar bawah SSM, so kena lah menfaatkannya sebaik mungkin.

Then sambil-sambil belajar tu kena obtain lesen takpelah habis duit awal-awal bila ada lesen senang nak gi ngajar tuisyen ke cari pasal ke, eh, cari mad'u.

Hm...

Begitulah.

Maharku 45K...cukuplah hanya menjadi gagasan. Bukan kenyataan. Bukan itu caranya mendekati Tuhan.

BTW, haha, idea luar alam betul, sedangkan aku bukannya the redrosebloom. Yang akan ada orang nak. Hah. Satu kenyataan yang pahit. Yet, true. Muka tak siap, ada hati nak mahar 45K huh? Haha..lawaklah ko nab. Takdenye ada orang nak kat ko.
Oh ye, rasa-rasanya lah nak kena pindah keluar Penang ni. Ikhwah kat sini lambat sikit nak jadi colony, membiak segala. Balik Perak sounds good.RCMP tu nampak subur je. Muahaha.

Abaikanlah, gagasan-gagasan luar alam tu selalu je menyapa, yet hanya dilayan sebagai tetamu bukan diambil sebagai saudara oleh kotak fikiran ni.

Sekarang: Berkerja. (Esok cuti)

Notakaki: Dapat berita, Wahid suspect TIBI, nyah kata ibu rasa sebab smocking. Aku rasa nak layangkan je reaction flask tadi. Smocking?????! Nak kena nih. Memang rasa mendidih je. Tapi kena tahan, hook or crook, minggu ni kena balik.


Pingu Cool

No comments: